FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


LIMA lelaki yang berkumpul sambil minum arak di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Penarikan dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan denda RM500 masing-masing terhadap K Kaviarasan, 24; M Harevan, 23; M Sajidroy, 23; M Ahsok Kumar, 24 dan B Narendran, 24, selepas kesemua mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka itu didapati berkumpul dan meminum minuman keras di mana-mana tempat jangkitan bagi maksud bersosial sekali gus mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan itu, kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11( 1) peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Khir Nizam turut mengarahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 6:49 PM