AHMAD YAKOB
AHMAD YAKOB
Hazira Ahmad Zaidi


GAJI Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dipotong selama dua bulan untuk disalurkan ke Tabung Serambi Mekah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, perkara berkenaan diputuskan dalam Persidangan Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan pada hari ini.

Katanya, langkah itu diambil bagi menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat yang terjejas pada ketika ini berikutan penularan wabak Covid-19.

“Pihak kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pusat Khidmat Dun (PKD) untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

“Keputusan ini adalah bagi menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan negeri untuk bersama-sama meringankan beban rakyat pada ketika ini,” katanya hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Per
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 8:15 PM