RAKYAT Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta seluruh negara.
RAKYAT Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta seluruh negara.
BERNAMA

RAKYAT Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bagi industri insurans dan takaful menanggung kos ujian penyaringan itu semestinya meringankan beban Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jadi kita mengharapkan mereka yang ada insurans dan berkemampuan boleh menjalankan ujian itu dengan pihak swasta,” katanya mengulas pertanyaan berhubung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) diumumkan Perdana Menteri, petang tadi.

Melalui pakej itu, pihak industri insurans dan takaful mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan KKM untuk menjalani ujian di fasiliti perubatan swasta.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, elaun khas yang diberikan kepada doktor dan jururawat merupakan satu bentuk penghargaan Kerajaan atas kerja keras mereka sejak empat bulan lalu.

“Mereka telah menyumbang tenaga, mengorbankan keluarga dan masa bagi memastikan mereka melakukan tugasan yang terbaik.

“Petugas terbabit telah bekerja tanpa mengira masa sejak empat lalu. Bukan sebulan tetapi empat bulan kerana kami bermula awal,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan kit ujian pantas (RTK) yang dikeluarkan China, Noor Hisham berkata, hasil ujian daripada alat tersebut adalah tidak tepat.

Beliau berkata KKM juga sedang meneliti RTK yang dihasilkan di Korea.

“Jika ia berjaya dan ketepatan serta sensitivitinya adalah amat tinggi, maka kita akan membelinya sebanyak 200,000 unit namun jika ketepatannya tidak begitu baik, kita tidak akan meneruskan pembelian kit itu,” katanya. – Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 9:33 PM