ENAM kenderaan dipercayai kereta mewah terbakar hampir keseluruhan dalam kejadian di stor penyimpanan kereta di Skudai Kiri, Johor Bahru. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR
ENAM kenderaan dipercayai kereta mewah terbakar hampir keseluruhan dalam kejadian di stor penyimpanan kereta di Skudai Kiri, Johor Bahru. FOTO IHSAN BOMBA JOHOR
Nurul Amanina Suhaini


ENAM kenderaan dipercayai kereta mewah terbakar hampir keseluruhan di stor penyimpanan kereta di Skudai Kiri, dekat Johor Bahru, malam tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, sejurus menerima panggilan pada 10.45 malam, pihaknya menggerakkan anggota termasuk daripada Kempas ke lokasi kejadian.

“Operasi itu membabitkan kekuatan 20 anggota bersama dua jentera, sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan tiga Unit Bermotor Bomba.

“Ketika kejadian, api marak membakar kesemua kenderaan. Daripada reka bentuk enam kenderaan itu dipercayai dari golongan kereta mewah,” katanya.

Namun, model kenderaan tidak dapat dipastikan berikan berikutan kesemua kenderaan terbakar serentak, katanya.

“Keseluruhan hampir 95 peratus terbakar untuk keenam-enam kenderaan,” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadam kebakaran sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, selain punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.38 malam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 12:23 PM