Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEKATAN jalan raya dan pemeriksaan ke atas individu yang didapati tidak mematuhi terus dilaksanakan pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagi memastikan PKP di ibu kota dijalankan sebaik mungkin, pihaknya sudah mengaturkan penugasan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas individu-individu.

“Polis akan menasihatkan mereka untuk berada di dalam rumah masing-masing kecuali bagi individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan penting yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

ANGGOTA polis melakukan sekatan jalan raya  susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Tun H S Lee, semalam. FOTO BERNAMA
ANGGOTA polis melakukan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Tun H S Lee, semalam. FOTO BERNAMA

“Polis Kuala Lumpur akan terus memantau aspek keselamatan dan komited dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang tempoh 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung Covid-19 daripada terus merebak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, polis mengharapkan kerjasama orang ramai supaya mematuhi PKP demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Polis juga ingin menegaskan sebarang kes berkaitan Covid-19 perlulah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak berlaku percanggahan maklumat,” katanya.

PDRM pantau aspek keselamatan sejajar penguatkuasaan PKP. FOTO BERNAMA
PDRM pantau aspek keselamatan sejajar penguatkuasaan PKP. FOTO BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 7:40 AM