Mohd Roji Kawi

PERINTAH Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan hari ini dipatuhi dengan baik di Kuching dengan kebanyakan restoran dan kedai makan hanya menyediakan makanan dan minuman untuk dibungkus.

Tinjauan di kawasan tumpuan ramai antaranya di Satok mendapati ada juga kedai makan yang ditutup berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Pekerja sebuah kedai makan di Satok berkata, mereka menerima arahan itu dua hari lalu dan akur demi keselamatan semua.

“Kami pun bimbang dengan penyakit itu, tetapi demi rezeki, kami meneruskan perniagaan seperti biasa.

“Namun kami melakukan seperti yang diarahkan dengan hanya membenarkan pelanggan membungkus makanan untuk dibawa balik,” kata pekerja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti.

PEKERJA sebuah kedai makan di Satok menampal notis pemberitahuan di kedainya. FOTO Mohd Roji Kawi
PEKERJA sebuah kedai makan di Satok menampal notis pemberitahuan di kedainya. FOTO Mohd Roji Kawi

Katanya lagi, bagi mengelakkan pelanggan duduk dan makan di kedai, mereka terpaksa menyimpan kerusi.

“Ternyata cara itu berkesan apabila tiada pelanggan merungut.Mereka pun faham dengan arahan kerajaan itu,” katanya.

Bagaimanapun, tinjauan di kawasan Taman Kenyalang dan Batu Kawa di pinggir bandar, terdapat kedai makan yang membenarkan pelanggan duduk dan makan di kedai.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 4:38 PM