GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

TIADA klinik kesihatan ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes COVID-19 seperti ditularkan di Facebook dan WhatsApp, sejak Khamis lalu, kata Pemangku Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid.

Beliau menjelaskan semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki COVID-19.

“Aktiviti disinfeksi adalah amalan rutin yang dijalankan di semua fasiliti kesihatan untuk mencegah jangkitan silang kepada pesakit lain dan anggota kesihatan.

“Aktiviti disinfeksi biasanya dijalankan selepas waktu operasi klinik kesihatan. Justeru semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Seremban, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mohammad Faid meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 10:24 AM