KHAIRY (kiri) bakal berganding mahu bersama Ahmad Amzad Hashim. FOTO NSTP
KHAIRY (kiri) bakal berganding mahu bersama Ahmad Amzad Hashim. FOTO NSTP
Zatul Iffah Zolkiply


AHLI Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang pertama kali menganggotai Kabinet berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau yang berganding dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai menteri yakin dapat bekerjasama dengan baik dalam meneruskan hala tuju kementerian itu dalam memperkasa bidang sains, teknologi dan inovasi di negara ini.

“Saya difahamkan senarai nama (calon Kabinet) diberikan kepemimpinan PAS kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun keputusan sepenuhnya terletak kepada Perdana Menteri.

“Pertama kali, terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya dan akan cuba berusaha melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai gandingan bersama Khairy, Ahmad Amzad berkata, beliau selesa bekerjasama dengan Ahli Parlimen Rembau itu memandangkan mereka sudah banyak bekerjasama ketika di Parlimen sebelum ini.

“Insya-Allah, saya banyak bekerjasama dengan beliau di Parlimen dan saya selesa bekerja dengan beliau.

“Malah, saya tidak sabar menimba pengalaman dengan beliau yang sememangnya lebih banyak pengalaman berbanding saya.

“Mengenai kementerian dipertanggungjawabkan, ia bukan bidang asing kerana sebelum ini, saya sudah ada pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 6:56 PM