AHMAD Yakob.
AHMAD Yakob.
Nor Fazlina Abdul Rahim


MENTERI Besar Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan barisan jemaah menteri baharu.

Datuk Ahmad Yakob menerusi kenyataan media di Kota Bharu berkata, menerusi pelantikan jemaah menteri baharu itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terus diperkukuh selaras dengan semangat persekutuan demi kesejahteraan rakyat.

“Semoga Allah menganugerahkan petunjuk dan hidayah kepada barisan jemaah menteri untuk menjalankan tugas dengan adil dan saksama, berintegriti demi pembangunan dan keharmonian negara,” katanya.

Terdahulu, 10 anggota Parlimen dari Kelantan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Menerusi pengumuman Muhyiddin, menteri dari Kelantan terdiri daripada Menteri Pendidikan, Radzi Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Pembangunan Wilayah, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Jawatan timbalan menteri pula diisi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Timbalan Menteri Menteri Alam Sekitar, Dr Ahmad Masrizal Muhammad.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 6:47 PM