DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail. FOTO MUHD ASYRAF SAWAL
Asrol Awang


MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, barisan Kabinet yang diumumkan itu dianggotai oleh tokoh yang melampaui batasan kaum dan latar kerjaya yang dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta memelihara kemakmuran negara demi kesejahteraan rakyat.

“Saya turut berterima kasih atas pelantikan enam anggota Parlimen dari Pahang iaitu dua menteri, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Empat lagi ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Shahar Abdullah; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohd Said; Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.

“Dengan pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan ini diharap negara dapat segera ditadbir dan digerakkan semula ke arah mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sepertimana yangdirangkakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:18 PM