Zuliaty Zulkiffli


DUA remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dengan mengangkat tayar hadapan di dua lokasi berasingan di Alor Setar, semalam.

Mereka ditahan menerusi Op Samseng di Jalan Muzium Padi dan Jalan Padang Garam, Kuala Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, seorang daripada remaja itu berasal dari Changlun dan masih bersekolah.

Beliau berkata, seorang lagi sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pesawah.

REMAJA terbabit. FOTO Ihsan Polis
REMAJA terbabit. FOTO Ihsan Polis

“Kedua-dua remaja itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, namun kedua-duanya didapati negatif.

“Bagaimanapun mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 9:39 AM