FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Melvin Joni


PADAH memandu dalam keadaan mabuk, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pertuduhan terhadap wanita berusia 28 tahun itu dibuat oleh Majistret Zaitun Anuar.

Menurutnya, tertuduh ditahan dalam Ops Mabuk dan ujian hembusan nafas dijalankan terhadapnya adalah positif.

“Hasil keputusan ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan tertuduh melebihi daripada had yang dibenarkan,” katanya.

Alexson berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Katanya tertuduh sudah membayar denda RM1,000 yang dikenakan ke atasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Februari 2020 @ 11:24 AM