PENGUATKUASA MAQIS memeriksa sebuah lori dan menggagalkan cubaan membawa masuk udang dan ikan tanpa permit eksport ke Singapura di KSAB. FOTO IHSAN MAQIS JOHOR
PENGUATKUASA MAQIS memeriksa sebuah lori dan menggagalkan cubaan membawa masuk udang dan ikan tanpa permit eksport ke Singapura di KSAB. FOTO IHSAN MAQIS JOHOR
Omar Ahmad


JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 67.3 kilogram (kg) udang dan 12kg ikan kerapu cuba diseludup ke Singapura di laluan lori eksport, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, tengah malam tadi.

Pengarah MAQIS negeri Nur Afifah A Rahman berkata, pemeriksaan pada lori membawa muatan ikan menemui udang dan ikan disembunyikan di bawah timbunan ikan lain.

“Udang dan ikan itu bernilai lebih RM4,600. Kes disiasat mengikut Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan.

Menurut beliau, MAQIS akan memperkasakan lagi penguatkuasaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 5:53 PM