ABDUL Halim mengimamkan solat hajat dan solat sunat Istisqa' di Masjid Al-Alami, hari ini. FOTO Amir Mamat.
ABDUL Halim mengimamkan solat hajat dan solat sunat Istisqa' di Masjid Al-Alami, hari ini. FOTO Amir Mamat.
Amir Mamat


LEBIH 500 umat Islam di Melaka menyertai solat hajat bagi memohon negeri itu dihindari musibah termasuk penyakit berjangkit.

Turut diadakan solat sunat Istisqa’ (mohon hujan) yang kedua-duanya berlangsung di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 8.45 pagi.

Solat diimamkan Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan disertai Ketua Menteri Melaka Adly Zahari; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hasim Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Abdul Halim berkata, acara keagamaan itu diadakan susulan pekeliling yang dikeluarkan kepada semua masjid di Melaka, minggu lalu supaya mengadakan solat hajat untuk tujuan sama.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menghindar wabak terutama koronavirus baharu dan dalam masa sama, kita memohon kepada Allah supaya kemarau dan kekurangan air empangan di Melaka, dipulihkan dengan diturunkan hujan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 11:53 AM