GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


DUA lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Bangsar di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.10 pagi itu, penunggang Muhammad Aiman Mohd Zaki, 21, dan pembonceng Muhammad Nu’iman Sufian, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati motosikal Yamaha 135LC dari arah stesen KTM menghala ke Bangsar dipercayai terbabas ketika melalui selekoh lalu merempuh pembahagi jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan penunggang tercampak ke laluan bertentangan manakala pembonceng terhantuk pada tiang konkrit dan terseret sejauh 40 meter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 10:00 AM