Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital berhampiran. FOTO Melvin Joni
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital berhampiran. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


SEORANG lelaki ditemui mati di dalam bilik sebuah motel di Jalan Song Thien Cheok di Kuching, hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Mayat ditemukan pekerja motel berkenaan kira-kira 11 pagi sebelum menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, siasatan mendapati si mati dikenali sebagai Francis Sigai berdasarkan plastik ubat yang ditemui di tempat kejadian.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati seorang lelaki terbaring di lantai bilik dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 3:57 PM