Syed Haidil (kiri) dan Mazlan (kanan) dicari SPRM. FOTO Ihsan SPRM
Syed Haidil (kiri) dan Mazlan (kanan) dicari SPRM. FOTO Ihsan SPRM
Rosyahaida Abdullah


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah yang dikendalikan agensi berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, SPRM Sabah mencari Mazlan Mohamed Lazim, 63, beralamat terakhir di TB 6266 Lorong 10, Taman Hot Spring Jaya, di Tawau, dan Kampung Bubul Lama, Jalan Kabogan, di Semporna.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mazlan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Ikhwan Zaudii Nordin di talian 088-488381 atau 012-9560560.

Dalam kes berasingan, SPRM Sarawak pula sedang mengesan Syed Haidil Syed Ahmad, 37, juga bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Katanya, Syed Haidil dikatakan beralamat terakhir di No 18, Jalan Nanas Barat Ulu, Kuching.

“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Syed Haidil diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Muhamad Shukri Shaharudin di talian 082-467701 atau 011-37606308,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 6:03 PM