MANGSA yang maut berhampiran kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 108 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. FOTO IHSAN POLIS
MANGSA yang maut berhampiran kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 108 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. FOTO IHSAN POLIS
Zatul Iffah Zolkiply


BURUH warga Indonesia maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 108 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan di Chukai, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari, mangsa dikenali sebagai Rahem, 41, yang memandu Proton Savvy meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Disember 2019 @ 7:03 PM