ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama penduduk kampung membersihkan masjid Chenulang di Kuala Krai ketika air mulai surut selepas dilanda banjir. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama penduduk kampung membersihkan masjid Chenulang di Kuala Krai ketika air mulai surut selepas dilanda banjir. FOTO Ihsan Bomba
Siti Nor Hidayatidayu Razali


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama penduduk kampung membersihkan masjid Chenulang di Kuala Krai yang dilanda banjir, semalam, bagi memudahkan penduduk menunaikan solat berjemaah.

Masjid dua tingkat itu dinaiki air pada paras 0.5 meter Khamis lalu hingga menjejaskan bahagian bawah menyebabkan keadaan berlumpur dan berselut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, Mohd Sabri Shahrom berkata, pihaknya seramai lima anggota membantu membersihkan lumpur di masjid itu.

Katanya, paras air kering sejak semalam dan pihak bomba bersama penduduk kampung termasuk jemaah masjid membersih lumpur di dalam dan kawasan masjid.

“Keadaan lumpur agak tebal dan kami menggunakan aliran hos untuk membersihkannya.

“Kami membantu penduduk kampung membersihkan masjid bagi mengelakkan lumpur terbabit kering dan kerja untuk membuangnya akan jadi sukar.

“Pembersihan masjid mengambil masa lebih lima jam bermula 9 pagi sehingga 2 petang,” katanya, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga turut membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 8:55 AM