Au San Lang @ Niu Shen (kiri) dan Aung Ji. FOTO Ihsan PDRM
Au San Lang @ Niu Shen (kiri) dan Aung Ji. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS memburu tiga lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh di Taman Sri Batu Caves, di Gombak, 10 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pada kejadian itu, seorang lelaki warga Myanmar berusia 34 tahun dibunuh dengan senjata tajam.

Menurutnya, hasil siasatan, tiga suspek utama berkenaan dikenal pasti.

“Motif kejadian disebabkan mangsa menipu wang suspek yang dikumpulkan untuk dihantar kepada keluarga suspek di Myanmar.

“Individu dicari terbabit adalah Aung Jii, Au San Lang @ Niu Shen dan San Chii berusia antara 30 hingga 40-an,” katanya.

Fadzil berkata, sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan MSathiyaseelan di talian 03-61262222 atau 012-5197913.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 2:10 PM