MANGSA (kiri) selepas ditemui pasukan pencarian. FOTO Ihsan Bomba
MANGSA (kiri) selepas ditemui pasukan pencarian. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


SEORANG penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang sesat ketika mendaki Gunung Pulai, Kulai, ditemui selamat, oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.

Mangsa, Shaqirah Shaharul Faizal, 20-an ditemui jam 2.10 pagi dalam keadaan lemah, namun tidak cedera.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis berkata, selepas ditemui, wanita itu dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 4.40 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai terbabit dalam operasi pencarian mangsa.

Operasi dibantu anggota tentera.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan tersesat selepas terpisah daripada kumpulan ketika melakukan pendakian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 9:37 AM