POLIDENT membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan keyakinan pengguna gigi palsu.
POLIDENT membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan keyakinan pengguna gigi palsu.
Haryani Ngah


“SELEPAS sekian lama memakai gigi palsu, ia mulai longgar dan saya perlu menutup mulut apabila bercakap kerana bimbang gigi palsu jatuh.”

Itu antara situasi yang dihadapi Norsidah Kassim, 63, yang mula memakai gigi palsu ketika berusia 35 tahun.

Wanita berasal dari Kuala Selangor ini kehilangan 32 batang gigi pada usia muda.

Keperluan menjaga kebersihan gigi supaya kekal sihat dan dapat bertahan lama penting dalam kehidupan kerana gigi diperlukan untuk mengunyah makanan, bercakap serta senyum.

Bagi pemakai gigi palsu, satu daripada cabaran dihadapi adalah apabila gigi palsu mereka longgar, sekali gus memberi kesukaran untuk menggigit makanan dan tidak selesa apabila bercakap atau ketawa.

Bagi mengelak daripada malu, pemakai gigi palsu biasanya akan berjaga-jaga dan berhati-hati kerana bimbang gigi mereka jatuh dengan tiba-tiba.

Mereka yang memakai gigi palsu mengelak daripada makan makanan yang melekat dan keras seperti pulut atau kacang.

Mungkin tidak semua pemakai gigi palsu menyedari terdapat produk yang boleh membantu gigi palsu kekal di dalam mulut dan hanya 17 peratus daripada pemakai gigi palsu di Malaysia memakai pelekat gigi palsu.

Cabaran lain yang dihadapi oleh pemakai gigi palsu adalah makanan terlekat antara celah gigi palsu dan gusi.

Gigi palsu yang tidak dicuci dengan betul akan menyebabkan nafas berbau dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan mulut.

NORSIDAH selesa selepas menggunakan Polident.
NORSIDAH selesa selepas menggunakan Polident.

Menurut kajian GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), satu daripada salah faham dalam kalangan pemakai gigi palsu adalah mereka boleh mencuci gigi palsu menggunakan berus gigi dan ubat gigi seperti gigi biasa atau rendam dalam air suam semalaman.

Bagaimanapun, mereka perlu berhati-hati, gigi palsu tidak boleh ditembusi, malah ia 10 kali lebih lembut berbanding gigi biasa.

Justeru, memberus menggunakan berus gigi dan ubat gigi menyebabkan calar pada gigi palsu dan pembiakan bakteria penyebab bau busuk dalam mulut.

Bagi mengatasi masalah ini, Polident mengeluarkan pelbagai rangkaian pelekat gigi palsu dan ia diformulasi untuk meningkatkan kadar keselesaan dan memberi keyakinan pada pemakai gigi palsu dengan lekatan kuat pada gigi palsu sehingga 12 jam.

Pembersih gigi palsu Polident diformulasi khas untuk mengekalkan kebersihan dan kesegaran gigi palsu.

Ia membersih gigi palsu tanpa mencalar dan membunuh 99 peratus bakteria penyebab bau busuk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 7:27 PM