PRO Retainer & Guard  dihasilkan khusus untuk semua pemakai kelengkapan gigi.
PRO Retainer & Guard dihasilkan khusus untuk semua pemakai kelengkapan gigi.

Kuala Lumpur: GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK Malaysia), memperkenalkan Pro Retainer & Guard baharu di bawah jenama Polident, pembersih yang dihasilkan khusus untuk semua pemakai kelengkapan gigi di Malaysia.

Dalam kaji selidik yang dijalankan Google, daripada 9.5 juta pemakai penahan gigi di Malaysia, hanya 77 peratus pengguna membersihkan penahan gigi mereka.

Dalam kumpulan ini, 50 peratus lebih suka menggunakan sabun dan ubat gigi sebagai bahan pencuci.

Satu kajian dijalankan pada 2019 mendedahkan hampir separuh daripada populasi pemakai kelengkapan gigi di Malaysia menggunakan berus gigi dan ubat gigi untuk membersihkan kelengkapan gigi mereka.

Kaedah pembersihan mekanikal ini mungkin tidak digalakkan kerana kebanyakan ubat gigi melelas dan bulu berus gigi keras boleh meninggalkan calar di permukaan kelengkapan gigi, yang membawa kepada pembentukan plak dan mengakibatkan mulut busuk.

Berdasarkan dapatan itu, Polident Pro Retainer & Guard dengan formulasi tidak melelas, membersih kelengkapan gigi dengan berkesan, melampaui keupayaan ubat gigi.

Pembersih baharu ini mampu menghapuskan 99.99 peratus bakteria penyebab bau, membantu menanggalkan kotoran, membolehkan penggunanya senyum dengan segar dan yakin.

Ia juga diuji dan terbukti serasi dengan 20 bahan kelengkapan gigi yang berbeza termasuk pendakap dan penahan gigi, wayar logam ortodontik, poliuretana dan polipropilena.

Dibangunkan dengan teknologi Crystal Clear, pembersih ini boleh digunakan setiap hari dan sangat berkesan serta lembut pada pelbagai jenis kelengkapan gigi, tanpa calar atau kakisan kepada kelengkapan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 7:45 PM