Aryton ditemui mati di ruang tamu rumah keluarganya. Foto Ihsan PDRM
Aryton ditemui mati di ruang tamu rumah keluarganya. Foto Ihsan PDRM
Garret Dawum


ATLET renang Sarawak, Aryton Lim yang ditemui mati di rumah keluarganya di Tabuan Laru di Kuching hari ini dipercayai mengalami kemurungan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, siasatan awal mendapati atlet terbabit mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Awang Din berkata, atlet itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang ke lokasi.

“Mayatnya juga sudah dibawa ke HUS tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, atlet berusia 19 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah keluarganya oleh ibunya pada jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, sumber berkata, kejadian disedari ibu atlet terbabit selepas pulang menjemput seorang lagi anaknya dari sekolah.

Berita berkaitan:

  • Atlet renang Sarawak ditemui mati
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 5:49 PM