Kandau Sidi


SEORANG suri rumah cedera di pinggang akibat dirempuh kenderaan dinaiki suaminya bersama teman wanita di tepi jalan Kampung Wireless di Miri, malam Khamis lalu.

Dalam kejadian 11.57 malam, mangsa berusia 53 tahun yang sudah berkahwin lebih 30 tahun cuba merapati kenderaan suaminya, yang berhenti di tepi jalan.

Namun, tanda diduga suaminya yang ditemani seorang wanita memecut laju cuba merempuh isterinya mengakibatkan mangsa terhumban ke tepi jalan dan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisinor Lim Ming Seah berkata, akibat kecederaan itu mangsa dimasukkan ke Hospital Miri.

“Polis menerima laporan kes itu dan sudah menahan suaminya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Suami mangsa berusia 50 tahun dan pasangan itu mempunyai lapan orang anak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Ogos 2019 @ 2:18 PM