Mangsa sedang menerima rawatan pasukan perubatan selepas mengalami kecederaan di kepala selepas ditimpa atap zink kedai makan di Bagan Luar, Butterworth malam tadi. Foto Shamsul Munir Safini
Mangsa sedang menerima rawatan pasukan perubatan selepas mengalami kecederaan di kepala selepas ditimpa atap zink kedai makan di Bagan Luar, Butterworth malam tadi. Foto Shamsul Munir Safini
Shamsul Munir Safini


LELAKI berusia lingkungan 50-an cedera di kepala selepas ditimpa atap zink kedai makan yang runtuh dalam kejadian ribut di Bagan Luar, Butterworth pada 10.50 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang cedera diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi rawatan selanjutnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan sekurang-kurangnya 11 laporan pokok tumbang dan bangunan rosak diterima Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang.

Difahamkan, kawasan paling terjejas teruk ialah di sekitar Tasek Gelugor, Sungai Pinang di Georgetown dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan lepas.

Ribut yang berlarutan lebih setengah jam itu juga disusuli dengan hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di beberapa kawasan terputus selepas tiang elektrik tumbang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 12:06 AM