KEADAAN mangsa yang maut selepas ditimpa pokok tumbang. FOTO IHSAN JBPM SABAH
KEADAAN mangsa yang maut selepas ditimpa pokok tumbang. FOTO IHSAN JBPM SABAH
BERNAMA

SEORANG lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang di Kampung Luagan, Sipitang, semalam.

Mangsa, Hamdi Diman, 41, yang parah di seluruh anggota badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan jam 4.52 petang.

“Balai Bomba Penyelamat Sipitang bersama empat anggota dan dua kenderaan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa terperangkap,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 8:31 AM