PETUGAS kesihatan membantu membawa keluar mangsa dari dalam kenderaan. FOTO Ihsan pembaca.
PETUGAS kesihatan membantu membawa keluar mangsa dari dalam kenderaan. FOTO Ihsan pembaca.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian pada 1.50 tengahari itu, Sri Kumaran Malovagam, 32, jatuh di atas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sepasukan anggota ke lokasi sebaik memperoleh maklumat kejadian.

“Pemeriksaan mendapati mangsa jatuh dan terperangkap di dalam sebuah kenderaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 3:10 PM