LAM (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas tuduhan mencabul seorang guru muzik di pertandingan nyanyian pada 2 Jun lalu. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal.
LAM (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas tuduhan mencabul seorang guru muzik di pertandingan nyanyian pada 2 Jun lalu. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal.
Shamsul Munir Safini


LELAKI warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang guru muzik, awal bulan lalu.

Tertuduh, Lam Kok Wai, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang mendengar sebagai Majistret.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lam didakwa melakukan kekerasan jenayah ke atas mangsa berusia 38 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di sebuah pusat beli-belah pada 5.50 petang, 2 Jun lalu.

Lam ketika kejadian adalah juri bagi pertandingan nyanyian dan didakwa memegang dada mangsa yang juga rakan jurinya beberapa kali di lokasi berkenaan.

Tertuduh kelihatan tenang sebelum minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan.

Pegawai Pendakwa Afiq Hizami Nordin yang mewakili pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan ikat jamin setimpal dengan kesalahan dilakukannya.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira permohonan daripada peguam tertuduh.

Kes akan disebut semula pada 13 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 7:20 PM