KUCHING 09 JULAI  2019. . Pengarah MARITIM Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan (kanan) bersama nelayan warga Vietnam berjaya ditahan semasa menangkap ikan diperairan Malaysia pada sidang media Maritim Sarawak, di Jeti Kompleks MARITIM Tun Abg Salehuddin (KOMTAS), Muara Tebas. NSTP/HAZREEN MOHAMAD.

Garret Dawum

EMPAT bot nelayan Vietnam ditahan di kawasan 126 batu nautika timur laut Tanjung Sirik, Bako, Ahad lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, dipercayai pernah beroperasi di Bintulu sebagai bot kargo.

bot berkenaan yang dikenali sebagai One United sudah lama tidak berada di perairan Sarawak kerana lesennya tidak diluluskan oleh Jabatan Laut sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Robert berkata, bot terbaru yang ditahan itu sememangnya tidak mempunyai lesen kargo dan menangkap ikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya komited dalam membanteras sebarang pencerobohan oleh nelayan asing di perairan negara.

“Maritim Malaysia sentiasa berusaha melaksanakan rondaan secara berterusan bagi membanteras kegiatan pencerobohan terutama mereka yang mencuri hasil laut negara.

“Sama seperti agensi keselamatan laut lain, kami sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan keselamatan pengguna yang berada di perairan negara terjamin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 6:10 PM