FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Poliana Ronnie Sidom


SEMBILAN daripada 10 kru bot nelayan yang diculik dari perairan Lahad Datu, Isnin lalu sudah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di kepulauan Jolo, selatan Filipina, malam tadi.

Semua mangsa dikatakan berjalan kaki di lokasi di pulau itu sebelum terserempak dengan pasukan keselamatan Filipina, kira-kira 10 malam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai perkara itu.

"Memang betul mereka sudah diselamatkan. Mereka dipercayai dibebaskan oleh kumpulan penculik kerana tiada wang dan terserempak dengan pasukan keselamatan Filipina ketika sedang berjalan kaki.

"Kita akan berhubung dengan kerajaan Filipina untuk berbincang tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam kejadian 2 pagi Isnin lalu, kumpulan bersenjata menyerang dua bot dinaiki 16 kru bot nelayan dan menculik 10 daripadanya ketika berada di perairan Tambisan, Lahad Datu.

Berita berkaitan

'Hilang suami dan anak kerana diculik'

Bot 'langgar' sempadan perairan Malaysia, Filipina

Polis tunggu panggilan penculik

Polis Sabah mula siasatan kes culik

Nelayan diculik bukan rakyat Malaysia [METROTV]

10 nelayan diculik?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 12:33 PM