ANGGOTA polis membantu menolak kereta rosak. FOTO ihsan pembaca
ANGGOTA polis membantu menolak kereta rosak. FOTO ihsan pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin

KEPRIHATINAN tiga anggota polis membantu menolak kereta rosak di Jalan Salak Selatan menghala ke pusat bandar, Kuala Lumpur, membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di lokasi berkenaan.

Dalam kejadian 10.50 pagi, kereta dipandu seorang lelaki tiba-tiba berhenti di tengah jalan akibat rosak sekali gus menyebabkan kesesakan.

Anggota terbabit yang ketika itu melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan mengambil inisiatif membantu menolak kereta ke tepi jalan sebelum pemandunya menghubungi mekanik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon memaklumkan, menerima maklumat berhubung kejadian.

“Saya memuji tindakan pantas anggota terbabit yang membantu orang awam. Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab polis memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 2:52 PM