TUANKU Muhriz Tuanku Munawir akan bersama rakyat jelata pada Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, 1 Syawal ini. FOTO Arkib NSTP
TUANKU Muhriz Tuanku Munawir akan bersama rakyat jelata pada Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, 1 Syawal ini. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.

Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap berkata, majlis itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang.

“Tuanku Muhriz dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada sebelah pagi itu, dan kemudian berangkat ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis Istana Terbuka.

“Kita jangka 5,000 orang akan hadir pada majlis itu,” katanya kepada Bernama di Seremban, hari ini.

Beliau berkata, majlis itu yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada rakyat jelata menyambut Aidilfitri bersama baginda.

Katanya, seluruh rakyat dijemput hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 11:09 AM