Laporan portal berita Harian Metro Khamis lalu.
Laporan portal berita Harian Metro Khamis lalu.
Kandau Sidi


PISTOL yang digunakan dalam kes rompakan bersenjata di Taman Jelita, Taman Tunku, Miri minggu lalu disahkan jenis Walther buatan Jerman.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Ming Seng berkata, senjata api perak yang dijumpai dalam saluran paip di tepi parit di lokasi rompakan memiliki nombor siri enam angka yang sudah pun diubah suai.

Beliau berkata, kelopak pistol yang tertera tulisan ‘MANURHIN, PPK 7.65’ pula buatan Perancis.

“Sebutir peluru hidup kuning pula tertera tulisan Thai Arms 380 Auto,” katanya hari ini.

Ming Seng berkata, polis masih menjalankan siasatan rapi kes itu dan usaha mengesan penjenayah yang melepaskan diri masih diteruskan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian rompakan minggu lalu, anggota polis cedera ditembak perompak namun kecederaan lengan kiri yang dialaminya tidak serius.

Dua daripada perompak itu berjaya diberkas polis dengan seorang daripadanya cedera kedua-dua kaki ditembak polis.

Berita berkaitan

Polis cedera ditembak perompak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 12:56 PM