ENAM kenderaan termasuk empat motosikal terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang. FOTO ihsan Polis
ENAM kenderaan termasuk empat motosikal terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang. FOTO ihsan Polis
Norizuan Shamsuddin

LELAKI warga Yaman parah, manakala dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabit enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang, Setapak, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku membabitkan kenderaan pacuan empat roda, kereta dan empat motosikal pada 3.20 pagi.

“Kejadian berlaku ketika lelaki warga Yaman berusia 21 tahun memandu kereta Hyundai dari arah Ampang menuju Danau Kota berlanggar dengan Toyota Hilux yang dipandu oleh lelaki tempatan dari arah pusat bandar ke Ampang.

“Kedua-dua kenderaan terbabit tidak berhenti di lampu isyarat dan masing-masing mendakwa sewaktu kejadian lampu isyarat arah laluan mereka menunjukan warna hijau.

“Akibat perlanggaran itu kereta terbabit berpusing melanggar pengagih jalan, menakala pacuan empat roda terbabit terbabit melanggar empat motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zulkifli, kemalangan terbabit menyebabkan pemandu kereta terbabit parah di kepala dan paru-paru serta menerima rawatan di zon merah di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kejadian turut menyebabkan dua penunggang motosikal cedera,” katanya.

Seoorang wanita berusia 19 tahun cedera di tangan manakalak lelaki berusia 20 tahun cedera di pinggang.

“Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda dan dua lagi penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 5:16 PM