KEJADIAN berlaku dekat persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Teratai. FOTO Amrullah Abdul Karim

Oleh Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi terbabas dan bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan di Jalan Bukit Beruntung-Sungai Choh dekat persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Teratai dekat sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 11 malam ketika mangsa Ahmad Tarmizi Zakaria, 19, dalam perjalanan ke bank di Rawang bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku ketika hujan.

"Kereta dinaiki lima sekeluarga dalam perjalanan dari arah Serendah ke rumah mereka di Taman Widuri sebelum dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

"Kedua-dua kenderaan terbakar di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal maut manakala pembonceng cedera dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 12:09 PM