Hadzlihady Hassan


MENJIJIKKAN. Itu ungkapan tepat buat dua lelaki apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP) ketika berbogel dalam sebuah bilik hotel di Jalan Penang, Georgetown hari ini.

Dalam serbuan 10 malam itu, lima lelaki dipercayai gay warga asing itu ditahan kerana menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Ketika serbuan, ada pasangan sedang berbogel dalam bilik hotel terbabit dan mereka tidak menyangka diserbu JIMPP yang melakukan risikan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, gay berkenaan menawarkan perkhidmatan seks mereka melalui aplikasi dalam media sosial dengan mengenakan caj sehingga mencecah RM250 untuk sejam.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIMPP, Kholijah Mohamad berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas kondom, krim pelincir dan beberapa peralatan seks untuk pelanggan mereka.

Kholijah (kanan) menyoal lima lelaki yang ditahan dalam sebuah bilik hotel. FOTO Ihsan Pembaca
Kholijah (kanan) menyoal lima lelaki yang ditahan dalam sebuah bilik hotel. FOTO Ihsan Pembaca

“Siasatan mendapati golongan gay berusia 20-an itu masuk ke Pulau Pinang menggunakan pas pelancong jika ada tempahan daripada pelanggan yang juga warga tempatan.

“Selepas mendapat keuntungan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, mereka pulang semula dan masuk kembali sebaik mendapat tempahan baru,” katanya di lokasi serbuan.

Kholijah berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas wang tunai RM3,500 dipercayai hasil keuntungan perkhidmatan seks yang ditawarkan mereka kepada pelanggan.

“Pemeriksaan pasport juga menunjukkan golongan gay terbabit kerap masuk ke negeri ini.

“Mereka kini ditahan mengikut Kesalahan Peraturan-Peraturan Imigresen 1966 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini dengan pas lawatan sah namun melakukan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 12:27 AM