DR  Streram beramah mesra bersama penduduk ketika minum pagi di kedai Mak Uda Kg Felda Sendayan. FOTO Saifullizan Tamadi
DR Streram beramah mesra bersama penduduk ketika minum pagi di kedai Mak Uda Kg Felda Sendayan. FOTO Saifullizan Tamadi
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

CALON Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram akan berbincang dengan kerajaan negeri dan Pusat untuk membantu menyelesaikan isu rumah mampu milik di Rantau termasuk cadangan membina kawasan kediaman projek perumahan rakyat (PPR).

Menurut calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu, ketika ini banyak kawasan perumahan baharu dibangunkan tetapi dijual pada harga terlalu tinggi dan di luar kemampuan kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan.

“Ketika berkempen masuk hari keempat, hari ini, saya menerima banyak aduan dari penduduk yang membangkitkan isu harga rumah tidak mampu milik.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan juga pimpinan pusat PH untuk membina rumah-rumah seperti projek perumahan rakyat (PPR) di DUN Rantau.

“Saya nak penduduk dan pengundi mesti ada sebuah rumah di DUN Rantau ini kerana masih ramai penduduk yang menyewa,” katanya pada program kempen tinjauan mesra di dewan orang ramai Sendayan, hari ini.

Menurut doktor pakar bius itu, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menjual rumah kepada kepada orang luar selain banyak rumah mampu milik seperti di Bandar Ekar tidak lagi dibina.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 9:22 PM