Izlaily Nurul Ain Hussein


MURID dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) hadir ke sekolah hari ini dengan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terhidu bau tidak menyenangkan susulan insiden pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di sini, Khamis lalu.

Biarpun, sudah diberi kebenaran untuk memulakan sesi persekolahan hari ini selepas diberi cuti kecemasan selama dua hari, Khamis dan semalam, pihak sekolah perlu bersedia dengan sebarang arahan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari masa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) setakat ini tidak menerima maklumat lain tentang keadaan tidak selamat di mana-mana sekolah berdekatan.

“Setakat ini, memang dua sekolah ini sahaja yang terjejas susulan daripada insiden itu. Ia dikira selamat kerana itu kita sudah benarkan sesi persekolahan dimulakan semula hari ini.

“Tetapi, ketika proses pembersihan sungai nanti, mungkin mereka akan korek sungai, kita bersedia kalau ada perkara lain berlaku ketika itu. Kita akan sentiasa mengikut arahan bomba dan agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, hari ini.

Aminolhuda hadir melawat dua sekolah berkenan dan berpuas hati dengan kehadiran murid serta pelajar, biarpun sudah bercuti lama.

Bagaimanapun, murid dan pelajar yang sebelum ini dirawat akibat kejadian itu masih ada yang diberi cuti sakit dan rehat.

Sementara itu, Aminolhudaberkata masih terdapat 10 murid dan pelajar sekolah yang berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, bagi mendapatkan rawatan.

“Masih ada 10 lagi yang dirawat di HSI, yang mana lapan di wad biasa dan dua lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), bagaimanapun semuanya stabil dan diberi pemantauan.

“Kita harap mereka akan cepat sembuh dan dapat dibenarkan keluar hospital segera,” katanya.

Berita berkaitan

Kakitangan HSI stabil

Sekolah terjejas pembuangan sisa kimia dibersihkan [METROTV]

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 11:36 AM
PELAJAR memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga ketika hadir ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang selepas sekolah dibuka semula akibat ditutup 2 hari berikutan kejadian limpahan bahan kimia di Sungai Kim Kim baru baru ini. FOTO Hairul Anuar Rahim
PELAJAR memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga ketika hadir ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang selepas sekolah dibuka semula akibat ditutup 2 hari berikutan kejadian limpahan bahan kimia di Sungai Kim Kim baru baru ini. FOTO Hairul Anuar Rahim