Charles Santiago (tengah) bersama AJK serta kariah Surau Sabilul Huda ketika lawatan di surau itu, hari ini. FOTO Faliq Lajim.
Charles Santiago (tengah) bersama AJK serta kariah Surau Sabilul Huda ketika lawatan di surau itu, hari ini. FOTO Faliq Lajim.
Surau Sabilul Huda yang diletakkan patung berhala. FOTO Arkib NSTP.
Surau Sabilul Huda yang diletakkan patung berhala. FOTO Arkib NSTP.
Faliq Lajim

SURAU Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang bakal dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) selewat-lewatnya, minggu depan.

Kemudahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk insiden patung berhala yang diletakkan di surau berkenaan sejak Rabu lalu.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, pihaknya akan memohon peruntukan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan itu.

“Pejabat saya akan memberi sokongan untuk memasang CCTV ini secepat mungkin di beberapa sudut surau mengambil kira nasihat kontraktor. Kita jangka akan pasang Selasa atau Rabu ini.

“Jika tidak dapat (peruntukan), saya akan menggunakan peruntukan saya sendiri untuk memasang alat itu.

“Kita juga akan adakan program berbentuk perpaduan pada April bersama penduduk di taman ini dan babitkan ahli jawatankuasa serta kariah surau untuk kesefahaman dan perpaduan lebih erat,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau Sabilul Huda, Idris Mazlan, AJK serta kariah surau itu, hari ini.

 Charles Santiago (tengah) bersama AJK serta kariah Surau Sabilul Huda ketika lawatan di surau itu, hari ini. FOTO Faliq Lajim.
Charles Santiago (tengah) bersama AJK serta kariah Surau Sabilul Huda ketika lawatan di surau itu, hari ini. FOTO Faliq Lajim.

Charles berkata, kejadian meletakkan patung berhala di surau tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mementingkan perpaduan kaum dan mempunyai kepelbagaian agama.

Sementara itu, Idris berkata, pihaknya menyambut baik usaha Ahli Parlimen itu yang berkaitan pemasangan CCTV selain meminta masyarakat tidak salah anggap isu itu bagi mengelak ketegangan.

“Saya juga meminta masyarakat supaya tidak viralkan isu ini lagi, bagi mengelak berlakunya ketegangan antara kaum. Biarlah pihak berkuasa siasat dan selesaikannya. Jangan kita ambil tindakan sendiri,” katanya.

Semalam, kariah surau itu dilapor menemui dua lagi patung berhala yang diletakkan di atas pagar masuk ke surau berkenaan.

Tiga hari sebelum itu, berhala ‘Datuk Gong’ bersaiz lebih besar diletakkan di tepi pintu masuknya.

Berita berkaitan

'Dua lagi berhala di Surau Sabilul Huda [METROTV]'

'Tindakan tegas perlu diambil-Muhyiddin'

'Siapa letak berhala di surau? [METROTV]'

'[UPDATE] Patung berhala dicuri rupanya...'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 5:57 PM