BOMBA akan menggunakan kaedah selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang bagi mencari mangsa. FOTO Ghazali Kori
BOMBA akan menggunakan kaedah selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang bagi mencari mangsa. FOTO Ghazali Kori
Zaid Salim


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikhuatiri lemas, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, di Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu disambung, 8 pagi hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Mazimi Mohamad berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang bagi mencari mangsa.

“Selain bomba, operasi SAR hari ini juga disertai pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membabitkan 64 pegawai dan anggota,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, selain operasi SAR, pihaknya turut melakukan operasi bagi menaikkan kenderaan pacuan empat yang tenggelam kira-kira 20 meter daripada tebing.

Dalam kejadian 9.40 malam tadi, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu memancing di pulau berkenaan terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang hampir lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungaidi Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, lima mangsa terdiri daripada tiga wanita berusia antara 23 hingga 37 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan 11 tahun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Berita berkaitan

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 11:02 AM