RICHARD (lima dari kanan) bergambar ketika Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah Dan Sarawak 2019 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. FOTO Khairull Azry Bidin
RICHARD (lima dari kanan) bergambar ketika Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah Dan Sarawak 2019 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. FOTO Khairull Azry Bidin
Mohd Izham Unnip Abdullah


KETUA Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum mengetuai perarakan sempena pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2019, di Kota Kinabalu, pagi ini.

Perarakan sejauh kira-kira satu kilometer (km) itu bermula dari Kompleks Karamunsing ke bangunan baharu Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu berdekatan Persimpangan Bertingkat Jalan Kolam - Bukit Nenas.

Seramai 177 orang terdiri daripada hakim, pegawai dan pengamal undang-undang menyertai perarakan tahunan itu.

Yang turut menyertai perarakan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri AhmadMaarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Wong Dak Wah.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Poon Ming Fung; Pembantu Menteri Undang-Undang danHal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Selepas perarakan, majlis diteruskan dengan perhimpunan sempena pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2019 yang berlangsung di dewan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 11:35 AM