GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

TIGA belas kontraktor termasuk tiga wanita direman antara tiga hingga enam hari, untuk bantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender projek Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Perintah tahanan reman ke atas semua mereka berusia 30 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, hari ini, susulan permohonan dikemukakan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Faliq Basirudin.

Faliq berkata, 10 lelaki ditahan reman selama lima hari, manakala tiga wanita ditahan reman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat beberapa perkara termasuk melihat bagaimana kesemua suspek berkenaan memperoleh tender yang bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit sejak 2016.

“Kita juga akan melihat beberapa perkara termasuk mengenal pasti tuntutan palsu yang dibuat kepada kerajaan dan kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan selepas ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 12:08 PM