Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tun Dr Mahathir di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, kelmarin. FOTO Ihsan Royal Press Office
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tun Dr Mahathir di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, kelmarin. FOTO Ihsan Royal Press Office
Mohd Fahmi Mohd Yusof


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghadap ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ucapan itu disampaikan dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Twitternya.

“Assalamualaikum @chedetofficial (nama akaun Twitter Dr Mahathir).

“Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita boleh bekerjasama dan melangkah ke hadapan untuk negara yang lebih baik. Semoga berjaya dan semoga anda dalam keadaan baik,” katanya.

Dr Mahathir meluangkan masa 90 minit bertemu dengan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru kelmarin.

Pertemuan itu pertama kali antara Sultan Johor dan Dr Mahathir selepas Pakatan Harapan mentadbir negara sejurus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tahun lalu.

Pertemuan itu juga difahamkan adalah atas jemputan Sultan Ibrahim sendiri.

Berita berkaitan

Tun M tiba jumpa Sultan Johor

Naik Proton 1! [METROTV]

Tak perlu tahu apa saya bincang - Dr M [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 11:58 AM