Pelajar parah selepas terjatuh dari tingkat empat sekolah. FOTO Ihsan Pembaca

Zuliaty Zulkiffli

PELAJAR perempuan Tingkatan Lima parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah sekolah menengah di Alor Setar, hari ini.

Mangsa berusia 17 tahun dipercayai terjatuh jam 7 pagi sebelum kejadian disedari rakan dan pihak sekolah yang kemudian menghubungi talian kecemasan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi dan mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, pelajar terbabit menerima rawatan daripada doktor Pakar Kecemasan dan Trauma, Pakar Pembedahan dan Pakar Ortopedik.

“Sehingga kini, pelajar terbabit masih diletak di Zon Merah dan belum sedarkan diri kerana kritikal serta memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Mangsa mengalami kecederaan iaitu luka pada dahi kanan, patah tulang di bahagian tengkuk dan kedua-dua paha kanan dan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata, setakat ini pasukan doktor pakar yang merawatnya masih berusaha menstabilkan keadaan mangsa sebelum meneruskan rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 8:08 PM