Vivo Malaysia

Tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan telefon pintar dengan skrin yang lebih besar. Kerana dengan telefon terbaru Vivo, Y91i anda bukan saja dapat merasai pengalaman tontonan yang lebih lebar tetapi harganya juga cukup berbaloi.

Didatangkan dengan Paparan Halo FullView 6.22 inci, yang juga skrin terbesar dalam kumpulan harga berkenaan, Vivo Y91i adalah telefon pintar yang harus dimiliki.

Mulai dijual di Malaysia 16 Disember lalu, telefon pintar V91i ini boleh didapati dengan harga RM599. Menariknya, setiap pembelian telefon pintar ini turut menawarkan pembesar suara Vivo secara percuma.

Telefon pintar Y91i ini memberikan pengalaman paparan lebih baik dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 88.6 peratus.

Sebagai tambahan untuk reka bentuk yang lebih elegan, kawalan isyarat tangan pintar membuatkan telefon pintar dengan paparan besar ini mudah dikendalikan.

Y91i ini juga dilengkapi dengan sensor cap jari untuk membuka kunci telefon serta-merta. Dikombinasikan pula dengan Face Access, membuka kunci telefon pintar anda akan lebih lancar dan mudah daripada sebelumnya.

Bateri berkapasiti tinggi 4030mAh ditambah dengan sistem pengurusan kuasa pintar eksklusif membolehkan telefon pintar ini digunakan lebih lama walau dalam apa juga keadaan tanpa bimbang kehabisan kuasa.

Mengabadikan kenangan dengan telefon pintar ini juga nyata tidak mengecewakan.

Dengan kamera belakang 13MP yang sangat jelas, kamera tengah 2MP dan algoritma foto yang dioptimumkan, menangkap gambar depth-of-field (DOF) nyata dapat menyaingi gambar bokeh setanding profesional.

Telefon pintar ini boleh didapati di semua Kedai Konsep Vivo, pengedar sah dan rakan kerjasama serta stor dalam talian di Lazada, Shopee, 11 street, Lmall and e-stor rasmi Vivo (http://www.vivostore.com.my).

Untuk maklumat lanjut, layari Vivo Malaysia on Facebook, Instagram, Twitter and Youtube.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 3:12 PM