Amir Abdul Hamid

SERAMAI 40 ahli Ultras Malaya dari Terengganu tiba di Hanoi, hari ini bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam.

Wakil Ultras Malaya Terengganu, Mohd Fakhrul Nizam Tahar, 31, berkata, mereka yakin skuad Harimau Malaya akan mencatat kemenangan ke atas Vietnam dalam perlawanan timbal-balik di Stadium Nasional My Dinh, malam esok.

"Kita menang malam esok, tak banyak. 2-0 cukup," katanya.

Malaysia berdepan dengan Vietnam pada perlawanan final kedua dan kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam perlawanan final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

  • Lagi berita Piala AFF
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 9:50 PM
    AHLI Ultras Malaya dari Terengganu tiba di Hanoi bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam. FOTO ihsan Syed Mustafa Idrus
    AHLI Ultras Malaya dari Terengganu tiba di Hanoi bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam. FOTO ihsan Syed Mustafa Idrus