PEGAWAI polis memasuki pejabat Ganabatirau bagi mengambil keterangan, hari ini. Foto ROSLIN MAT TAHIR
PEGAWAI polis memasuki pejabat Ganabatirau bagi mengambil keterangan, hari ini. Foto ROSLIN MAT TAHIR
Siraj Mohd Zaini


POLIS merakam kenyataan EXCO Selangor V Ganabatirau di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Seramai tiga pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilihat memasuki pejabat Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, jam 6.30 petang.

Difahamkan, kehadiran mereka bagi merakam kenyataan Ganabatirau mengenai insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 November lalu.

Dalam pada itu, Ganabatirau ketika ditemui pemberita enggan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menghormati prosedur siasatan polis.

Dalam pada itu, sumber berkata, pasukan polis selesai mengambil keterangan pada 8.04 malam dan antara yang direkodkan termasuk pendirian beliau dalam kes berkenaan selain permohonan maaf yang dilakukannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor mengesahkan pihaknya merakam kenyataan Ganabatirau untuk siasatan selanjutnya.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 9:15 PM