Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Darul Naim, Kota Bharu. FOTO arkib NSTP
Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Darul Naim, Kota Bharu. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


JABATAN Audit Negara mendapati prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan, tahun lalu memuaskan.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri Kedua itu turut mendapati, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing pada tahap baik dan memuaskan.

Katanya, kemajuan fizikal pelaksanaan projek pembangunan pada 2017 adalah baik dan prestasi perbelanjaan pembangunan pada tahap memuaskan kerana hanya membelanjakan sebanyak 52.2 peratus daripada jumlah peruntukan yang diluluskan.

Manakala, prestasi kewangan kerajaan negeri masih boleh dimantapkan lagi dan disyorkan beberapa tindakan serta penambahbaikan.

"Apa yang perlu dilakukan kerajaan negeri adalah meneruskan usaha mengurangkan tunggakan hasil atau bayaran balik pinjaman dan pinjaman boleh dituntut supaya kedudukan kewangan kerajaan negeri berada dalam keadaan lebih kukuh.

"Selain itu, ketua jabatan atau ketua agensi perlu mempertingkatkan pembabitan secara menyeluruh dalam urusan kewangan. Jabatan dan agensi juga perlu mempertingkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam (AUD), antaranya memastikan anggota UAD mendapat latihan dan bimbingan yang secukupnya.

"Pada masa sama, perancangan audit tahunan disediakan supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, penilaian dibuat secara objektif dan bebas bukan sahaja berkaitan dengan aspek kawalan dalaman malahan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 6:24 PM