ANGGOTA Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyiasat kebakaran bengkel kejuruteraan di Kampung Cacar, Paka, Dungun. FOTO Rosli Ilham.
ANGGOTA Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyiasat kebakaran bengkel kejuruteraan di Kampung Cacar, Paka, Dungun. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


SEBUAH bengkel kejuruteraan musnah dalam kebakaran menyebabkan kerugian dianggarkan RM500,000 dalam kejadian di Kampung Cacar, Paka, Dungun, malam tadi.

Kejadian 9.55 malam itu turut memusnahkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori tiga tan, van Nissan Vanette dan kereta Proton Waja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rezuan Adnan, berkata pihaknya yang menerima panggilan pada 10.10 malam mengerahkan 16 anggota bomba bersama dua jentera.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi kebakaran, pihaknya yang turut mendapat bantuan daripada BBP Kerteh mendapati api marak dan memusnahkan 70 peratus bengkel berkenaan.

“Kira-kira 4,000 liter minyak ‘transformer’ (alat ubah) yang berada dalam bengkel itu mengalir menyebabkan api menyambar semua kenderaan di bengkel berkenaan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.30 malam.

“Kami menggunakan kaedah semburan buih dan air. Punca dan jumlah sebenar kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 2:35 PM